Rencana Terkini

74 persatuan negeri, pemegang taruh sertai VSN2030


Ahmad Shapawi (kanan) menyerahkan cenderamata kepada Taufek sempena VSN2030 peringkat negeri Sembilan. (Foto : MSN)

SERAMAI 74 persatuan sukan negeri, jurulatih dan pemegang taruh sukan Negeri Sembilan telah menyertai Sesi Libat Urus Kanvas Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030) peringkat Negeri Sembilan untuk sukan prestasi tinggi.

Sesi yang dikendalikan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail ini diadakan bagi mendapatkan inspirasi dan aspirasi daripada penggiat sukan di Negeri Sembilan.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Dato’ Mohamad Taufek Abd Ghani dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan, Dato Sabudin Sani.
VSN2030 adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mendengar dan mengumpul aspirasi serta harapan rakyat Malaysia terhadap pemerkasaan sebuah industri sukan yang progresif dan mampan dalam membantu Kerajaan memeta hala tuju pembangunan sukan negara yang baharu secara lebih kolektif.

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: