Lain-Lain Semasa Terkini

SAM kemukakan permohonan dapatkan Vaksin

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Norismadi (tiga,kanan) bersama barisan Exco SAM 2020-2023 mengadakan pertemuan dengan Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (tiga,kiri) serta kepimpinan MOM, hari ini.

PERSATUAN Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) akan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi mendapatkan suntikan Vaksin Covid -19 kepada ahli-ahlinya yang bakal bertugas pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Julai nanti.

Presidennya, Norismadi Abd Manap berkata, surat permohonan rasmi ini akan melalui Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk dipanjangkan kepada KBS mengikut saluran yang ditetapkan.

“Kita dan bincang perkara ini dalam perjumpaan sebentar tadi, perlu hormati dan hargai peranan MOM disini, kita harap ini akan beri kesan positif buat pengamal media yang akan mengikuti kontinjen dan membuat liputan pada temasya tersebut.

“Liputan berita kali ini agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, tiada kawasan untuk media mengadakan seisi temuramah.

“SAM akan memastikan rakan-rakan media yang membuat liputan di temasya Sukan Olimpik Tokyo Ogos nanti mendapat suntikan vaksin dan pada masa sama mereka juga perlu bertanggungjawab dengan SOP yang ditetapkan serta orang disekeliling,” jelasnya pada sidang media selepas bersama barisan Exco SAM 2020-2023 mengadakan kunjungan hormat ke pejabat MOM, sebentar tadi.

Sementara itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menjelaskan, MOM akan menyokong permohohan tersebut memandangkan wartawan sukan juga adalah barisan hadapan.

“Kami sokong usul yang dibincangkan SAM tadi, kita lihat dalm erti industri sukan ini wartawan adalah barisan hadapan yang mengambil risiko untuk membuat liputan dan berkongsi berita.

“Saya sendiri akan berhubung dengan Menteri-Menteri yang terlibat untuk tentukan keperluan penulis-penulis sukan yang terlibat dengan berita diberikan perhatian serius,” jelasnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: