Semasa Sepak Takraw Terkini

Adakah sudah tiba masanya Presiden PSM undur diri?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ahmad Ismail

PERSEKUTUAN Sepak Takraw Asia (Astaf) memulakan prosiding disiplin ke atas Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).

Tindakan tersebut diambil berikutan Presiden PSM Datuk Seri Ahmad Ismail didapati mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah niat menjatuhkan maruah Astaf.

Setiausaha Agung Astaf, Boonchai Lorhpipat dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, tindakan atau kata-kata tertulis daripada presiden ketika pemilihan Astaf pada 1 Mac 2021 didapati telah melanggar janji.

“Tindakan Presiden dan atau kata-kata bertulis telah mencemar nama baik yang sepatutnya mempromosi sepak takraw untuk menarik minat lebih ramai.

“Kata-kata yang disebut juga mengecewakan dan fitnah terhadap kepimpinan dan Majlis Eksekutif Astaf serta organisasi Astaf keseluruhannya.

“Jawatankuasa Eksekutif Astaf telah sebulat suara memilih untuk meneruskannya prosiding tatatertib terhadap Persatuan anda kerana melanggar janji.”

Sebelum ini, Ahmad dituduh melanggar artikel 5.5. menerusi kenyataan bertulis pada 24 Februari kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarbangsa (IOC) untuk mendapatkan campur tangan kedua-dua badan itu dalam sesi pemilihan Kongres Astaf pada 1 Mac lalu.

Lorhpipat turut memaklumkan persatuan diberi tempoh 14 hari dari tarikh surat yang diberikan kepada PSM (28 April 2021) untuk memberi respon.

“Sebaik sahaja Jawatankuasa Disiplin Astaf menerima maklum balas bertulis daripada persatuan (PSM), sesi pendengaran akan diadakan bagi mendengar hujah mengapa Persatuan (PSM) tidak perlu digantung atau berdepan dengan hukuman lain.”

Sebagai rekod ini bukan kali pertama hukuman telah dikenakan kepada PSM.

Antara bentuk tindakan yang boleh diambil sama ada penggantungan, digugurkan keahlian, denda, penggantungan seumur hidup atau kombinasi beberapa hukuman.

Boonchai Lorhpipat

“Buat masa sekarang, Persatuan (PSM) digantung daripada sebarang aktiviti yang berkaitan dengan sepak takraw.”

Pada 14 Mac 2008, Ahmad dan PSM telah berjanji akan mematuhi matlamat Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) dan perlembagaan Astaf serta menyokong kedua-dua badan induk itu.

Sebagai pertimbangan atas janji yang diberikan oleh Ahmad dan persatuan, Istaf penggantungan yang dikenakan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: