Olahraga Pelbagai Semasa Terkini

MPM realistik sasaran MSN

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Megat D Shahriman menyampaikan sumbangan pada majlis berbuka puasa Majlis Paralimpik Malaysia, semalam.

KETUA Kontinjen Malaysia Sukan Paralimpik Tokyo, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin percaya bilangan 35 atlet paralimpik yang dijangka layak ke  temasya Ogos depan satu sasaran realistik.

Jelasnya, pihaknya percaya dapat mencapai sasaran berkenaan seperti yang disuarakan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

“Saya sangat optimistik dan setuju dengan Ahmad Sapawi selain berharap agar segala perancangan serta persediaan oleh atlet berjalan lancar bagi memudahkan kita memenangi seberapa banyak pingat yang boleh.

“Jika terdapat atlet para yang tidak layak, ia mungkin disebabkan kekangan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, saya tidak mahu letak tekanan kepada mereka tetapi kami optimistik sasaran boleh dicapai,” katanya kepada media pada majlis berbuka puasa Majlis Paralimpik Malaysia, semalam.

Diminta mengulas mengenai jumlah sasaran pingat di Tokyo dan juga Sukan Para ASEAN di Hanoi, Vietnam, Megat D Shahriman enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican untuk membuat pengumuman apabila tiba waktunya nanti.

Katanya, MPM telah mengenal pasti sasaran pingat pada kedua-dua temasya berkenaan namun masih menunggu maklum balas lanjut daripada jurulatih dan persatuan sukan sebelum diumumkan Reezal Merican kelak.

Setakat ini, seramai 10 atlet para daripada lima sukan yang layak bagi Paralimpik Tokyo 2020 iaitu Muhd Nursaiful Zulfikri dan Brenda Anelia (renang); S. Suresh dan Wiro Julin (memanah); Mohd Ziyad Zolkefli, Wong Kar Gee, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi and Abdul Latif Romli (olahraga); Chew Wei Lun (boccia); dan Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting).

Sukan Paralimpik Tokyo akan berlangsung dari 24 Ogos-5 Sept depan manakala Sukan Para ASEAN di Hanoi pula pada 17-23 Dis depan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: