Bola Sepak Semasa Terkini

Kedah FC lonjak tangga kedua liga, Impian Selangor FC musnah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kipre meledak gol dipenghujung masa kecederaan separuh masa kedua membantu kemenangan pasukan mengatasi KLUFC, 3-2.

Oleh : Subkhi Sudarji

KEDAH Darul Aman FC ( KDA FC) kembali merampas kedudukan di tangga kedua liga selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman di sini, malam tadi.

Terdahulu posisi tangga kedua milik Terengganu FC yang bakal bertemu Johor Darul Ta,zim (JDT) malam ini dengan satu mata memisahkan Kedah ditangga ketiga liga.

Hanya kemenangan yang diraih Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim akan merubah kedudukan Kedah yang sudah mengutip 20 mata dan dibezakan dua mata mengatasi TFC.

Pada aksi yang berlangsung dilaman sendiri, penyerang, Kipre Tchetche menjadi wira skuad Lang Merah apabila jaringannya pada masa kecederaan berjaya menjulang skuad Aidil Sharin Sahak dan mengembirakan lebih 1,200 penyokong tuan rumah.

Aksi babak pertama bermula perlahan, sebelum tuan rumah tampil mengasak kubu pelawat menerusi Baddrol Bakhtiar pada minit ketiga, disusuli Tchetche lima minit kemudian, namun buntu.

Pelawat terlebih dahulu berjaya memecah kebuntuan gol melalui sepakan leret Paulo Josue pada minit ke-49 untuk meletakkan skuad ibu kota di depan.

Namun Kedah bangkit pada minit ke-70 melalui rembatan kencang pemain sayap muda, Fayadh Zulkifli untuk gol penyamaan.

KL City sekali lagi mengejutkan Kedah dengan gol kedua apabila sepakan sudut pada minit ke-78 dimanfaatkan Giancarlo Galllifouco.

Selepas itu tuan rumah dihadiahkan penalti susulan Rozaimi Abdul Rahman dijatuhkan yang kemudian disempurnakan Tchetche untuk kedudukan 2-2 pada babak kecederaan (93) sebelum Tchetche mencetak nama selaku penjaring kedua peribadi dan kemenangan pasukan pada minit ke-96.

Bobby (kiri) ranapkan impian Selangor FC meraih tiga mata selepas menjaringkan gol penyamaan pada lewat perlawanan.

Sementara itu aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), jaringan dipenghujung perlawanan bekas pemain kebangsaan Bobby Gonzalez meranapkan kebangkitan Selangor FC untuk meraih tiga mata.

Pelawat terlebih dahulu dihadapan melalui bekas pemain tuan rumah, Mohd Amri Yahyah pada minit ke 31 untuk memberikan tekanan Gergasi Merah Kuning sepanjang babak pertama.

Memasuki babak kedua penyerang import Selangor FC, Ifedayo membuktikan ketajamannya apabila meledak dua gol pada minit ke 57 dan 72 yang merupakan gol kelapan dan sembilan peribadi miliknya.

Harapan The Red Giants mengakhiri perlawanan dengan tiga mata akhirnya musnah apabila Bobby Gonzales meledak gol penyamaan ketika perlawanan berbaki dua minit ditamatkan separuh masa kedua untuk memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: