Bola Sepak Semasa Terkini

Peluang Kedah FC kembali rampas kedudukan


Barisan pemain Kedah gigih menjalani latihan menjelang aksi dilaman sendiri menentang KLUFC, malam ini.

Oleh : Subkhi Sudarji

KEDAH Darul Aman FC perlu meraih tiga mata penuh pada aksi dilaman sendiri malam ini seandainya ingin kembali merampas kedudukan ditangga kedua selain memberi tekanan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) yang gah memimpin Liga Super.

Ini berikutan skuad bimbingan Aidil Shahrin Sahak hanya dibezakan satu mata dengan Terengganu FC dikedudukan kedua yang akan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim menentang JDT malam esok.

Perkiraan mudah jika Lang Merah menang pada aksi menentang Kuala Lumpur United FC mereka akan meraih 20 mata, dua mata membezakan dengan TFC yang berbaki satu perlawanan.

Namun jika TFC menang di Iskandar Puteri malam esok pastinya satu kejutan dan dalam bola sepak segala-galanya boleh berlaku, jika TFC seri Kedah FC tetap menghuni tangga kedua, sifir dia mudah mereka perlu MENANG malam ini.

Berdasarkan prestasi semasa dipamerkan KLUFC yang dibimbing Bojan Hodak, tuan rumah tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan.

Kekalahan 0-1 lawan ditangan TFC pada aksi terakhir perlu dimanfaatkan sepenuhnya tuan rumah namun pada masa sama tidka boleh memandang rendah keupayaan lawan.

KLUFC kini menghuni tangga keenam liga selepas mencatat tiga menang, seri dan kalah untuk meraih 12 mata.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: