Bola Sepak Semasa Terkini

Mampukah Amri calar imej Selangor FC ?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Amri (kanan) dianggap pemain yang memiliki karisma dan kredibiliti selaku pemain berpengalaman. (Foto : FB Sabah FC)

Oleh : Subkhi Sudarji

PEMAIN yang dianggap lagenda dikalangan penyokong Selangor, Mohd Amri Yahyah bakal membuat penampilan yang agak istimewa apabila akan menentang bekas pasukan The Red Giants yang disertainya sejak 1998 hingga 2013 itu.

Menyertai Sabah FC musim ini dan dianggap antara tonggak berpengalaman dalam skuad The Rhinos itu, Amri pastinya ingin membuktikan kudratnya dalam Liga Malaysia (Liga-M) masih diperlukan.

Pertembungan menentang Selangor FC malam ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pastinya menarik dengan rekod semasa kedua-dua pasukan yang meraih tiga mata pada aksi minggu lalu.

Amri yang memulakan kariernya selaku pemain bola sepak Selangor pada 1998 -2001 selaku skuad remaja sebelum menyertai skuad utama untuk tempoh 13 tahun antara aset penting yang dimiliki skuad bimbingan Kurniawan Dwi Yulianto ini.

Selepas sembilan perlawanan berlangsung walaupun agak jarang pemain ini diturunkan selaku kesebelasan utama, tetapi kemasukkannya selaku pemain gantian akan merubah tempo permainan yang seterusnya membuka ruang buat rakan sepasukan menjaringkan gol.

Sabah FC kini berada dalam prestasi terbaik berdasarkan dua perlawanan sebelum ini dengan membelasah Uitm FC, 4-0 dilaman sendiri dan sebelum itu mengikat pasukan ditangga keempat, Penang FC digelanggang lawan.

Meledak 71 gol hasil 374 penampilan bersama Selangor sebelum ini, Amri dilihat begitu serasi bergandingan dengan Saddil Ramdani yang semakin mempamerkan kualiti dimiliki selain ketajaman jentera serangan diketuai Sam Johnson.

Kurniawan Dwi Yulianto

Namun bagi Kurniawan, prestasi dan rekod semasa bukanlah jaminan untuk mereka diturunkan beraksi kerana semua pemain kini mempunyai peluang sama rata.

“Berdepan Selangor FC bukanlah mudah kerana mereka pasukan hebat, tetapi dalam bolasepak segalanya boleh berlaku.

“Persaingan dikalangan pemain ketika ini begitu positif kerana saya memiliki ramai pemain yang boleh diturunkan beraksi, ini perkembangan sihat buat pasukan kerana mereka akan bersaing merebut tempat,” tegasnya.

Selepas berakhirnya sembilan perlawanan, Sabah FC kini menghuni tangga kelapan liga dengan mengumpul sembilan mata hasil dua kemenangan, tiga seri dan empat kekalahan manakala Selangor FC tiga tangga mengatasinya mengumpul 14 mata (4 menang,2 seri dan 3 kalah).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: