Bola Sepak Semasa Terkini

Kami seharusnya menang; Neitzel

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pertahanan Selangor FC, Safuwan Baharudin (kanan) bersaing hebat dengan penyerang import Sabah FC, Sam Johnson bagi merebut bola diudara.

Oleh : Subkhi Sudarji / Foto : Izari Rosli

“KAMI seharusnya menang pada perlawanan malam ini, tapi sebaliknya berlaku dan keputusan itu tidak mampu diubah lagi,” jelas Ketua  jurulatih Selangor FC,  Karsten Neitzel selepas skuad bimbingannya terpaksa berkongsi mata dengan Sabah FC.

Ujarnya, pemain gagal mempamerkan aksi sebagaimana diharapkan pada separuh masa pertama selain serangan balas pelawat nyata memberikan kesan kepada keputusan pada babak pertama.

“Gagal mencipta peluang, sukar menguasai bola. Mereka bijak menggunakan serangan balas yang membuahkan hasil.

“Namun babak kedua rentak permainan berbeza dijelmakan, cipta peluang jaringkan gol. Seharusnya kami menang malam ini namun sebaliknya,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Selangor FC yang bangkit ketinggalan memperolehi dua gol melalui Ifedayo (m-57 dan m-72) bagi memadam defisit awal tuan rumah hasil jaringan Amri Yahyah dan ketika keputusan bakal berkesudahan dengan 2-1, pemain gantian Sabah FC, Bobby Gonzales menjaringkan gol penyamaan pad aminit 88 untuk perlawanan berkesudahan seri 2-2.

Keputusan itu menyaksikan Selangor kekal di kedudukan kelima dengan mengumpul 15 mata selepas 10 perlawanan, manakala Sabah mengutip 10 mata di kedudukan kelapan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: