Lain-Lain Semasa Terkini

CDM kenalpasti prospek pingat Sukan Sea 2021

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hamidin (tengah) meneliti dan mendengar penerangan dari PSK mengenai perancangan pada temasya Sukan Sea 2021.

Oleh : Subkhi Sudarji

KETUA Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-31 Vietnam 2021, Datuk Hamidin Mohd Amin telah mengenalpasti semua prospek pingat daripada setiap sukan yang akan dipertandingkan pada Temasya Sukan Asia Tenggara itu.

Tegasnya dia akan berganding bahu bersama semua Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) untuk mencapai sasaran pada temasya dwi tahunan yang dijadualkan 21 November hingga 3 Disember depan .

“Saya sudah mengambil maklum akan cabaran dan kesukaran yang dihadapi oleh semua PSK dan telah berjaya menyelesaikan sebilangan permasalahan yang dihadapi oleh mereka melalui pasukan sekretariat.
“Saya juga telah merekodkan semua prospek pingat daripada setiap sukan dan akan berganding bahu bersama semua PSK untuk mencapai sasaran kami pada Temasya Sukan Asia Tenggara yang akan datang” ujarnya selepas mengadakan perbincangan khas dengan Setiausaha Kehormat daripada 4 PSK, semalam.
Hamidin yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengariskan beberapa perkara penting yang perlu dilaksanakan sebelum temasya berkenaan berlangsung.
“Menghadiri Seminar Ketua Kontinjen yang dijadualkan pada bulan Jun 2021,  memastikan setiap PSK mengadakan proses pemilihan yang telus sebelum bulan Julai 2021.
“Pada masa sama juga kami akan bekerjasama dengan MOM dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mengusahakan Program Imunisasi Covid-19 untuk setiap anggota Kontinjen Malaysia.
“Bekerjasama dengan MOM dan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) untuk mengusahakan program kesedaran anti-doping untuk setiap anggota Kontinjen Malaysia,” ujarnya.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: