Bola Sepak Sepak Takraw Terkini

Aksi NSFC, Sarawak United jadi tumpuan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Negeri Sembilan berpotensi mengutip mata pada aksi di Paroi, malam ini.

PERTEMBUNGAN kelompok dua pasukan atasan Liga Premier 2021 pasti menarik apabila Negeri Sembilan FC (NSFC) menanti kunjungan Sarawak United FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Jurang perbezaan di puncak liga hanyalah satu mata, dan sekiranya Negeri Sembilan meraih kemenangan, mereka akan melebarkan kepada kutipan 20 mata.

Berbanding lawan yang dibimbing oleh E Elavarasan, kelebihan beraksi kurang satu permainan harus dimanfaatkan sebaik mungkin jika terus berminat mengekalkan kedudukan terbaik liga.

Perlawanan antara Terengganu FC II dan Selangor FC II juga tidak kurang menariknya apabila masing-masing mencari posisi selesa di liga selepas bermain lapan dan tujuh permainan.

Kedudukan semasa Liga Premier 2021.

Terengganu FC II sudah tentu mahu meneruskan rentak kemenangan selepas segar menewaskan Johor Darul Ta’zim II, minggu lepas.

Atas kertas, pasukan Badrul Afzan Razali berkemungkinan tidak berdepan mengatasi cabaran liat lawan yang turun memburu mata dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Sementara itu, satu lagi pertemuan melibatkan Kelantan United FC dan Kuching FC City berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Kesemua perlawanan bermula jam 10 malam dan penonton telah dibenarkan untuk memasuki beberapa venue, namun tertakluk kepada kelulusan MFL berdasarkan permohonan pasukan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: