motorsport Semasa Terkini

Masalah brek punca kegagalan Hafizh

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hafizh Syahrin Abdullah (Photo: Bikesrepublic )

HAFIZH Syahrin Abdullah ternyata kecewa selepas mengalami isu kegagalan brek belakang pada Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia 2021 hujung minggu yang lalu.

Jelasnya, dia percaya mampu bersaing dan meraih mata namun perkara sebaliknya berlaku.

“Saya percaya yang dalam perlumbaan ini saya boleh bersaing meraih mata tetapi dengan berlaku perkara sebegini, ia tidak membenarkan saya untuk terus bersaing ke arah itu,”

“Kecewa dalam perlumbaan tanpa brek belakang di pusingan pertama (perlumbaan),” katanya, memetik laporan Berita Harian.

Pada perlumbaan berkenaan Hafizh menamatkan perlumbaan di tempat ke-18 daripada 30 pelumba kelas pertengahan itu.

Tetapi ini bukanlah kali pertama Hafizh dihantui masalah brek. Beliau juga pernah mengalami masalah brek pada tahun September 2014 yang lalu.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: