Bola Sepak Komentar Terkini

Eky hilang dari radar ?


Meraikkan gol tunggalnya setakat ini dengan membantu pasukan menewaskan Sri Phaang FC, 3-1. (Foto : FB Selangor FC)

Oleh : Subkhi Sudarji

MUHAMMAD Shahrel Fikri Md Fauzi, nama yang tidak asing dalam kancah bola sepak tempatan terutamanya bersama pasukan Perak FA musim lalu dengan anugerah penyerang terbaik dan penjaring terbanyak Liga Super 2020 bagi pemain tempatan.

Bukan mudah untuk menjaringkan 10 gol tetapi itulah dilakukan susuk tubuh yang lebih mesra dengan panggilan ‘Eky’ dikalangan rakan sepasukan.

Memulakan karier bolasepak profesional bersama Perak U21 pada 2013-2015, bakat pemain ini terus mencuri perhatian dengan penyertaan bersama PKNP FC (2016-2019),  Kelab Thailand , Nakhon Ratchasima secara pinjaman (2018), skuad utama Perak secara pinjaman (2019) sebelum dikekalkan untuk mewakili The Boss Gaurus (2020).

Melihatkan kepada perjalanan tersebut, Eky berjaya meledak 49 gol dan pada 7 Disember 2020 dia sah menyertai Gergasi Merah Kuning bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia 2021.

Kehadiran Eky dalam skuad bimbingan Karsten Neitzel pastinya mengembirakan penyokong setia Merah Kuning kerana mereka turut memiliki  pemenang Anugerah Kasut Emas Liga Super 2020, Ifedayo Olusegun serta pemain muda Selangor II, Ahmad Danial Ahmad Asri yang diserapkan ke dalam skuad utama Selangor FC.

Eky perlu lebih menonjolkan diri dengan ledakan gol. (Foto : FB Selangor FC)

HANYA SATU GOL

Diturunkan selaku kesebelasan utama Selangor FC pada aksi sulung menentang Sri Pahang FC meledak satu gol membantu kemenangan 3-1 ke atas pelawat selepas itu bisa Eky selaku penggempur kian hilang apabila hanya satu gol direkodkannya selepas berakhirnya sembilan perlawanan ketika ini.

Penulis yang sentiasa mengikuti perkembangan aksi Selangor FC  yang tidak dilabelkan sebagai pencabar kejuaraan oleh “sesetengah pihak” melihat Eky lebih banyak diturunkan sebagai pemain gantian, adakah ini strategi Nietzel atau dia memiliki alasan tersendiri.

Dimanakah silapnya, reputasi membuktikan Eky sememangnya peledak berbisa, bagaimana di Perak dia boleh melakukannya tetapi tidak bersama Selangor FC, inilah persoalan yang bermain difikiran peminat The Red Giants.

Memang betul Eky baru pulih dari kecederaan tetapi sampai bila alasan ini perlu digunapakai, bukankah tugas kejurulatihan untuk menentukan sejauh mana tahap kecergasan yang ada pada dirinya, jika belum pulih sepenuhnya mengapa perlu diturunkan beraksi ?

Bagaimana pula Ifedayo berjaya menjaringkan tujuh gol, adakah posisi yang diletakkan Nietzel buat Eky tidak bersesuaian atau dia sememangnya masih belum menerima sepenuhnya DNA Jerman yang diterapkan pengendali baru pasukan itu ?

Adakah dia tidak sesuai bergandingan dengan Ifedayo yang ketika ini memainkan peranan selaku penyerang utama. Bagaimana pula dengan Eky yang menyarung no 10 adakah sebagai penyerang kedua di belakang Ifedayo atau peranannya melakukan hantaran buat penyerang utama.

Jika ini peranan yang perlu digalas, Nietzel seharusnya membentuk Eky dan bukan membiarkan dia bergerak tanpa hala tuju dan dia merasakan dia masih lagi penyerang utama setiap kali diturunkan beraksi .

Semua ini rasanya ada dipemikiran Nietzel.

Memang betullah bak kata pepatah “Lain padang Lain belalangnya”

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: