Antarabangsa Bola Sepak Terkini

22 pemain galas cabaran di Srikandi Merdeka Cup 2026


KETUA jurulatih skuad Malayan Tigress B-17, Fairuz Montana Zainal Abidin menyenaraikan 22 pemain bagi mengharungi Srikandi Merdeka Cup 2026 di Kudus, Indonesia yang akan berlangsung bermula 14 hingga 23 Ogos ini.

Kejohanan Srikandi Merdeka Cup 2026 anjuran Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) ini menghimpunkan 8 negara iaitu Malaysia, dua wakil Indonesia, Garuda Pertiwi, Putri Nusantara, Thailand, Singapura, Hong Kong, Jordan dan Arab Saudi di mana lapan pasukan ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan dengan empat pasukan yang mana dua pasukan teratas akan ke Semi Final.

Skuad Malayan Tigress B-17 yang telah berlepas ke Kudus, Indonesia pagi ini diundi dalam Kumpulan A bersama Garuda Pertiwi, Hong Kong dan Arab Saudi di mana skuad kendalian Fairuz Montana ini akan memulakan kempen Srikandi Merdeka Cup 2026 dengan aksi pertama menentang Hong Kong pada Jumaat, 14 Ogos 2026.

Seterusnya, Malaysia akan menghadapi cabaran tuan rumah, Garuda Pertiwi pada Ahad, 16 Ogos 2026 dan Arab Saudi pada Selasa, 18 Ogos 2026 di Super Soccer Arena Kudus, Indonesia.

Juara dan naib juara setiap kumpulan akan mara ke Semi Final Srikandi Merdeka Cup 2026 pada Jumaat, 21 Ogos 2026 manakala Final akan berlangsung Ahad, 23 Ogos 2026.


Add Comment

Click here to post a comment