Bola Sepak Terkini

UM-Damansara United siap sedia rebut gelaran kejuaraan !!!


MENJELANG saingan Liga A1 Semi-Pro 2026/2027 yang dijadualkan berlangsung penghujung Ogos ini, UM-Damansara United kini berada dalam fasa terakhir menyediakan pasukan untuk merebut kejuaraan.

Dilabel  antara pasukan yang mampu mencabar kejuaraan musim ini, gandingan pemain lama dan baharu serta kehadiran jurulatih berpengalaman Mohd Asri Ninggal memperlihatkan kesungguhan pasukan yang berpengkalan di UM Arena ini.

Namun bagi Mohd Asri, masih ada beberapa aspek perlu dipertingkatkan dikalangan pemain sebelum saingan sepak mula yang dijadualkan penghujung bulan ini.

“Hasil beberapa siri perlawanan persahabatan, saya mendapati pemain mudah hilang fokus terutamanya pada penghujung perlawanan selain kemasukan pemain gantian memerlukan masa yang lama untuk mendapat keserasian.

“Aspek ini akan dipertingkatkan dalam tempoh masa yang berbaki dan saya mengharapkan barisan pemain yang diamanahkan akan memberikan persembahan terbaik bagi mendapatkan kemenangan,” ujarnya.

Menyedari masih banyak perlu diperkemaskan selepas beberapa siri perlawanan persahabatan, Ketua jurulatih UM-Damansara United, Mohd Asri Ninggal memaklumkan persiapan pasukan kini berada difasa terakhir.

Jelasnya, pasukan telah membuat persiapan Julai lalu dan kini dalam proses menilai pemain tempatan dan import baharu bagi menambah baik pasukan.

“Sebenarnya sejak 20 Julai lalu kita telah menjalani latihan, untuk pasukan kali ini kita mengekalkan beberapa pemain sedia ada terdiri dari mahasiswa Universiti Malaya.

“Nampaknya rancangan kita berjalan lancar dan berbaki tempoh tiga minggu akan dimanfaatkan sepenuhnya,” jelasnya.

Ditanya sasaran diletakkan pengurusan dalam saingan musim ini, Mohd Asri dengan serius dan tegas memaklukan pasukannya perlu berada dikelompok empat terbaik.

“Bukan tugas mudah sebab kita tahu pasukan lain juga telah melakukan persiapan terbaik bagi mengharungi Liga A1 Semi-Pro 2026/2027, jadi kami perlu fokus dan cuba memberikan persembahan terbaik bagi setiap perlawanan,” katanya.

Musim lalu UM-Damansara United menamatkan saingan dikedudukan keenam liga dengan mengumpul 49 mata hasil 14 kemenangan dan 7 tewas serta seri.

Jadual lima perlawanan awal UM-Damansara United

> 29 Ogos 2026 (Sabtu)

   UM-Damansara United vs Selangor FC II

  (Stadium UM Arena, Kuala Lumpur / 4.45 ptg)

> 5 September 2026 (Sabtu)

   UM-Damansara United vs USM FC

   (Stadium UM Arena, Kuala Lumpur / 4.45 ptg)

> 13 September 2026 (Ahad)

    JDT II vs UM Damansara United

   (Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin / 8.45 mlm)

> 26 September 2026 (Sabtu)

    Malaysian University – UiTM vs UM-Damansara United

    (Stadium UiTM, Shah Alam / 4.45 ptg)

> 4 Oktober 2026 (Ahad)

    UM- Damansara United vs Manjung City FC

    (Stadium UM Arena, Kuala Lumpur / 4.45 ptg)

#AFL

#ligaa1semipro20262027

#ligauntuksemua


Add Comment

Click here to post a comment