Antarabangsa Motorsport

Suzuki kekal saingan MotoGP hingga 2026

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Pasukan Suzuki memenangi gelaran dunia menerusi Joan Mir pada tahun lepas.

SUZUKI secara rasmi mengumumkan memperbaharui kontrak selama lima tahun dengan Dorna Sport.

Perkembangan terkini itu menandakan bahawa Suzuki akan tetap bertanding di MotoGP hingga tahun 2026.

“Sebagai Suzuki Motor Corporation, kami bangga dapat terus bersaing di Kejuaraan Dunia MotoGP, mengingatkan kami memenuhi cita-cita mengukur kualiti diri dengan berlumba bersama penunggang terbaik dunia,” kata Pengarah Pasukan Suzuki Ecstar dan Project Leader Suzuki MotoGP Shinchi Sahara dalam laman rasmi Suzuki Racing, pada Selasa.

Suzuki  mengikuti jejak Honda, Ducati, Yamaha dan KTM yang sebelum ini telah melanjutkan kontrak untuk bertarung di MotoGP hingga tahun 2026.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sport,  Carmelo Ezpeleta mengakui gembira kesepakatan baru dengan Suzuki dan berharap terus menciptakan sejarah baru bagi MotoGP.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: