Bola Sepak Semasa Terkini

Tak pasti siapa ‘petik’ kenyataan Dooley

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

MOHAMMED SUFFIAN AWANG

Oleh : Mohd Fahmi Ismail

KETUA Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang memperbetulkan kononnya laporan mengatakan Thomas Dooley akan meninggalkan pasukan selepas dilamar kelab Indonesia.

Malah katanya, Dooley juga tidak tahu menahu langsung tawaran berkenaan  dan hairan bagaimana artikel itu boleh muncul.

“Dia bukan tinggalkan..dia kata ada offer (tawaran), saya tak tahu siapa yang petik. Saya ada terima artikel yang kononnya Indonesia tawarkan kepadanya.

“Walhal, dia sendiri pun tak tahu. Kita ada hubungan baik dengan Dooley. Kita dah bincang jika ada apa-apa (masalah berbangkit) jangan keluar di media. Kita bincang dahulu.

“Hingga kini, Dooley tak tahu langsung artikel yang ditulis,” katanya ketika dihubungi CAKAP SUKAN sebentar tadi.

THOMAS DOOLEY

Mohammed Suffian mengulangi lagi kenyatannya bahawa Dooley pasti akan menghormati persatuan dan bagi kerjasama yang baik sebelum melakukan tindakan.

“Ceritanya, tidak timbul pun isu perkhabaran nak pergi mana-mana kelab pun. Dalam hal ini kita dah ada kesefahaman yang cukup baik antara pengurusan tertinggi kelab dan Thomas Dooley.

“Dia sendiri ketika dihubungi saya maklumkan tiada apa-apa pun,” ujarnya lagi.

Lelaki kelahiran Jerman itu bagaimanapun tidak menolak untuk berkerjasama dengan pasukan lain jika menerima tawaran baik, namun perlu berunding dengan Sri Pahang kerana masih memiliki kontrak.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: