Bola Sepak Terkini

Kami tidak tewas teruk; Maniam


Mahali Jasuli (tengah) cuba melepasi kawalan dua pemain PFC.

Oleh : Subkhi Sudarji

PENGENDALI Petaling Jaya City FC, P Maniam ternyata gembira dengan keputusan seri 1-1 dan bukannya tewas dengan jaringan besar ketika menentang Penang FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.

Menyedari berdepan lawan yang memiliki reputasi dan berada kedudukan kelompok empat terbaik selain dibarisi pemain import, Maniam mengakui bukanlah tugas mudah berdepan lawan.

“Gembira dengan 11 mata diraih selepas sembilan perlawanan, seri 1-1 adalah keputusan positif. Kami tidak tewas dengan jaringan 5-0 atau 6-0. Pemain saya telah berikan yang terbaik dan kesemuannya adalah pemain tempatan,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan.

Maniam turut memaklumkan skuad bimbingannya beraksi cemerlang pada separuh masa pertama melalui beberapa gerakan memburu gol selain berjaya mengawal rentak permainan.

“Namun babak kedua mencerminkan sebaliknya khususnya pada tiga minit saingan bermula apabila lawan menjaringkan gol penyamaan.

“Kami cuba memberikan saingan, saya gembira dengan watak dipamerkan pemain yang tidak berputus asa sehinggalah perlawanan berakhir,” katanya.

PJFC kini menghuni dikedudukan kesembilan liga mengutip 11 mata hasil dua kemenangan, liam seri dan dua kekalahan.

Pada aksi yang berlangsung malam tadi, tuan rumah terlebih dahulu didepan hasil jaringan hasil jaringan V Ruventhiran pada minir ke-31 sebelum Casagrande menjaringkan gol penyamaan diawal babak kedua baru bermula dan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment