
JARINGAN pemain gantian Selangor FC, Syahmi Safari ketika perlawanan berbaki dua minit untuk ditamatkan mendapat pujian positif.
Jurulatih Selangor, Karsten Neitzel memuji prestasi yang ditampilkan pemain khususnya yang dimasukkan dari bangku simpanan pada aksi Liga Super menentang Melaka United FC semalam.
Pada perlawanan itu, Selangor Fc bangkit dari dua kali ketinggalan untuk mengatasi Melaka United, 3-2
“Saya harus ucapkan tahniah kepada pasukan kerana tidak mengalah walaupun pasukan lawan mendahului sebanyak dua kali. Pemain terus berusaha untuk mencipta peluang.
“Pemain gantian telah menampilkan prestasi yang baik hari ini. Kami perlukan semua pemain untuk terlibat bagi meraih keputusan positif,” kata Neitzel
Ini adalah kemenangan berturut-turut buat The Red Giants selepas menewaskan Perak FC, 3-0 minggu lalu dan akan menentang Sabah aksi akan datang serta berpeluang untuk naik ke tangga keempat jika terus mengutip mata.





Add Comment