Antarabangsa Bola Sepak

Kelab elit sertai Liga Super Eropah


Enam kelab EPL yang akan beraksi di Liga Super Eropah.

GAGASAN membentuk Liga Super Eropah kian menjadi kenyataan apabila beberapa kelab gergasi liga elit benua itu telah menyatakan persetujuan.

Sebanyak 12 kelab top Eropah membuat kenyataan bersama mengumumkan persetujuan bergabung dalam satu liga baharu.

Pasukan itu adalah AC Milan, Arsenal, Atletico Madrid, Chelsea, Barcelona, Inter Milan, Juventus, Liverpool, Manchester City, Manchester United, Real Madrid dan Tottenham Hotspur.

Manakala, tiga kelab lagi dijangka menyusul sebelum musim perdana bermula.

Kenyataan rasmi The Super League.

Dalam kenyataan The Super League, gabungan kelab ini berharap dapat berunding dengan UEFA dan FIFA di masa depan supaya dapat bekerjasama mencapai keputusan terbaik untuk liga baru ini dan demi bola sepak secara keseluruhan.

Jumlah pasukan melibatkan 20 penyertaan kelab termasuk 15 kelab gabungan. Lima lagi pasukan akan dipilih setiap tahun berdasarkan hasil yang dicapai pada musim sebelumnya.

Pertandingan akan bermula pada Ogos dan dibahagikan menjadi dua kelompok yang terdiri dari 10 pasukan.

Mereka akan bermain secara format liga (home dan away) dan tiga kelab teratas di setiap kumpulan automatik layak ke suku akhir.

Manakala, kelab di tangga keempat dan kelima akan berebut dua tempat saingan playoff yang dimainkan dalam sistem dua pusingan.

Final pula dijadualkan berlangsung pada Mei di gelanggang nuetral.

Florentino Perez

Florentino Perez, presiden Real Madrid yang juga Pengerusi Liga Super Eropah mengatakan: “Kami akan membantu bola sepak di setiap level dan membawanya ke tempat yang selayaknya di dunia.

“Bola sepak adalah satu-satunya sukan global di dunia dengan lebih dari empat juta penggemar dan tanggungjawab kami sebagai kelab besar adalah memenuhi keinginan mereka.”

Turut menyokong pertandingan baharu ini adalah Pengerusi kelab Juventus, Andrea Agnelli.

“Kami (12 kelab) mewakili jutaan penggemar di seluruh dunia dan 99 trofi Eropah. Kami bersatu pada saat ini, memungkinkan pertandingan Eropah untuk diubah, menempatkan permainan yang kami sukai untuk masa depan jangka panjang,” katanya

Sementara itu, Mikel Arteta menegaskan bahawa dia tidak tahu apa-apa mengenai penglibatan Arsenal dalam Liga Super Eropah.

Terbaharu,UEFA mengeluarkan amaran keras apabila dengan jelas mengecam cadangan itu sambil berikrar akan melakukan segala yang terdaya untuk menyekat sebarang langkah untuk menjayakannya menerusi dokumen sokongan yang ditandatangani bersama oleh Persekutuan Bola Sepak Diraja (RFEF); LaLiga, Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA), Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) dan Serie A.

Badan pentadbir bola sepak Eropah juga mengulangi amaran itu apabila akan bertindak melarang kelab daripada mengambil bahagian dalam kejohanan lain.

Malah, mereka menyarankan FIFA melarang pemain daripada menyertai Piala Dunia sekiranya mereka tampil dalam Liga Super Eropah.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: