Bola Sepak Semasa Terkini

Saifuddin ganti Ab Ghani?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mohd Saifuddin Abu Bakar ( Kredit foto: Rizalhashim)

 

Oleh: Hidayah Ab Ghani

PERUNDING teknikal pertandingan dan liga profesional Persatuan Bolasepak Oman (OFA), Saifuddin Abu Bakar kini dikaitkan dengan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) seandainya penyandang sedia ada Datuk Ab Ghani Hassan dinaikkan pangkat sebagai Presiden MFL.

Memetik laporan Harian Metro, Saifuddin berjaya melancarkan Liga Profesional Oman pada 2013 yang menyaksikan terdapat 14 kelab profesional beraksi di liga utama negara berkenaan. 

Untuk rekod, Qatar telah melantik beliau sebagai penolong ketua pertandingan pada tahun 2009 untuk Liga Bintang Qatar sehingga Oktober 2012 dan liga terbabit tampil menjadi antara yang termahal di Asia yang bernilai 147 juta euro (RM726 juta).

Saifuddin Abu Bakar

 

Dengan kepakaran beliau dalam pengurusan bola sepak termasuk pengurusan pertandingan, pengurusan acara dan keselamatan, program pelesenan kelab serta pengadilan, melayakkan lagi dirinya untuk dipilih menyandang jawatan tersebut.

Saifuddin yang memiliki pengalaman di peringkat antarabangsa, mahir dengan selok belok bola sepak Malaysia apabila beliau pernah berkhidmat bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS). 

Sementara itu, Ab Ghani memaklumkan keputusan pemilihan Presiden MFL yang baharu menggantikan Dato Hamidin Mohd Amin akan ditentukan ahli-ahli gabungan MFL.

“Ahli Lembaga Pengarah MFL akan buat keputusan, saya tidak tahu apa-apa, kita tunggulah perkembangan selanjutnya,” ujarnya yang enggan memberi komen mengenai dirinya yang bakal dilantik sebagai Presiden MFL yang baharu.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: