Bola Sepak Semasa Terkini

Reduan akui cabaran menanti

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Reduan yakin barisan pemainnya akan bangkit meraih kemenangan.

PENGENDALI UiTM FC, Reduan Abdullah melihat tanggungjawab yang digalasnya selepas menggantikan Frank Bernhard adalah sesuatu yang mencabar dan tetap percaya keputusan positif akan dapat dicapai dalam masa terdekat.

Ujarnya, tiada tekanan dirasai tetapi ia lebih kepada tugas yang lebih mencabar perlu dilakukan demi pasukan.

“Banyak perkara yang sudah kita lihat, dan daripada aspek serangan dan kelemahan dalam diri individu pemain itu menjejaskan sedikit sebanyak prestasi pasukan dan secara taktikalnya, mereka faham dengan pendekatan baharu yang kita buat sekarang ini,” jelasnya.

Reduan mengambil alih tugas ditinggalkan Bernhad selaku pengendali Uitm FC pada aksi menentang Melaka United dengan kekalahan 0-3 pada penampilan pertamanya selaku ketua jurulatih.

Tegasnya, selepas melakukan persiapan kedua bersama pasukan sejurus berakhir aksi menentang Melaka United FC tempoh hari, banyak perubahan yang dibuat khususnya daripada aspek taktikal dan corak permainan bagi memastikan pasukan tidak melakukan kesilapan sama bertemu Sabah FC untuk aksi kelapan, Sabtu ini.

“Untuk masa terdekat ini, kita memang perlu ada strategi terbaik untuk mengatasi pasukan lawan dan sudah tentu tiga mata akan menjadi buruan kita menentang Sabah, Sabtu ini”, jelasnya.

UiTM FC kini berada di tangga tercorot liga selepas gagal meraih sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan setakat ini.

Untuk aksi kesembilan minggu ini, dua perlawanan akan berlangsung pada Jumaat membabitkan Sri Pahang FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) manakala Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur City FC.

Selain perlawanan antara Sabah FC dan UiTM FC pada Sabtu, satu lagi aksi menyaksikan Perak FC akan berdepan Kedah Darul Aman FC di Stadium Perak.

Baki dua lagi aksi akan berlangsung pada Ahad di mana Selangor FC akan bertandang ke Stadium Hang Jebat menentang Melaka United FC dan PJ City FC pula akan menentang Penang FC.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: