
Eksklusif oleh: MOHD FARIQ
SIRI PERTAMA
MENITI perjalanan karier seorang bernama Jalil Rasheed mungkin ramai tidak mengetahui tokoh korporat ini antara salah satu pengikut tegar bola sepak tempatan.
Tidak dapat dinafikan bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang berusia 39 tahun ini kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan peminat tegar kelab gergasi kelab Inggeris, Liverpool.
Namun dalam sudut hati Jalil, beliau sebenarnya memiliki keghairahan terhadap perkembangan bola sepak tempatan.
Hari ini mungkin orang ramai mengenali Jalil sebagai tokoh korporat di atas genap sebulan pelantikannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya BCorp tetapi ramai tidak tahu beliau merupakan penyokong tegar pasukan yang disokong sejak kecil iaitu Sri Pahang FC.
Keghairahan Jalil yang berasal dari Raub terhadap sukan bola sepak ini bukan lagi menjadi satu perkara rahsia dan telah dikesan oleh ibubapanya sendiri.
KEMAHIRAN MENGHAFAL BARISAN PEMAIN PAHANG JADI ALASAN KE STADIUM
Perjalanan sosok seorang bernama Jalil menjadi penyokong tegar Pahang (sebelum dijenamakan menjadi Sri Pahang FC) bermula kira-kira 29 tahun yang lalu.
Ketika berusia 9 dan 10 tahun, Jalil telah memiliki kelebihan dengan menghafal nama setiap nama pemain Pahang ketika itu.
Tunjuk sahaja siapa kelibatnya, Zainal Abidin, Dollah Salleh, Alan Davidson, Khairul Azman Mohamad, Fandi Ahmad, Mubin Mokhtar, Basrul Kharfi atau mana-mana pemain sahaja era ketika itu, Jalil dapat menunjukkan dengan mudah.
Menyedari Jalil cukup ghairah menyokong pasukan Pahang, bapanya telah membawanya ke stadium bagi menikmati perlawanan membabitkan Pahang.
Apa yang pasti dua momen indah tercipta di saat kecil buat diri Jalil ketika menyaksikan perlawanan akhir Pahang menentang Singapura pada tahun 1994 dan Pahang bertemu Selangor selang setahun kemudian di Stadium Shah Alam.
Menurut Jalil ketiga-ketiga pentas final bermula 1994, 1995 dan 1997 memberikan impak kepada kecintaannya terhadap Pahang. Meskipun Pahang tewas ketiga-tiga edisi itu, Jalil yang akui secara peribadi sangat kecewa dengan kekalahan tersebut tetapi menikmati kepuasan sebagai penyokong tegar Tok Gajah sentiasa kekal utuh.
Ketika itulah Jalil mengakui zaman itu menjadi detik terbaik buat dirinya ketika menjadi penyokong bola sepak Pahang selepas memberikan segala jiwa raga kepada skuad Tok Gajah itu.

BERKELANA DI HONG KONG PEMISAH SEKETIKA JALIL DAN BOLA SEPAK NEGARA
Di saat keghairahan menjadi penyokong tegar Pahang, Jalil berdepan satu detik perubahan dalam hidupnya.
Pada tahun 1998, beliau terpaksa berpindah ke Hong Kong disebabkan bapanya bertugas sebagai kedutaan di sana.
Empat tahun Jalil terpaksa melupakan momen-momennya di stadium negara dan beliau akui bahawa tempoh itu cukup berat untuk ditelan.
Jersi dan mafla Pahang masih setia disisinya tetapi kerinduan itu akhirnya terubat selepas kembali pulang ke Malaysia pada tahun 2001.
Berpisah dengan bola sepak tempatan dalam beberapa tahun jelas tidak membunuh cinta Jalil terhadap sukan yang diminatinya.
Malah, Jalil mula menanam minat lebih mendalam berkenaan bola sepak tempatan di mana beliau optimis bahawa wujud satu formula untuk perkasakan kelab tempatan selaras mengikut kesesuaian budaya, kewangan dan konsep di Malaysia.
Sebaik masanya tiba, Jalil yang kini menjadi bapa kepada dua anak perempuan akui beliau bersedia untuk berkongsi idea dan pandangannya tetapi beliau menyedari bahawa………….
BERSAMBUNG SIRI KEDUA
TAMAT





Add Comment