Pelbagai Semasa Terkini

Demi Malaysia bakar semangat atlet

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican ketika memberi ucapan dalam majlis pelancaran.

Oleh: Hidayah Ab Ghani/ Foto: Izari Rosli

SEMANGAT Demi Malaysia menjadi pembakar semangat para atlet dalam berhadapan persaingan Sukan Olimpik Tokyo yang akan bermula Julai ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Demi Malaysia akan menjadi genderang semangat dan lantunan kebersamaan menuju ke Tokyo.

“Pengiraan detik ke Tokyo amat penting buat para atlet bahkan ia juga penting buat rakyat Malaysia.

“Harapan untuk para atlet membawa pulang pingat kepada negara sangat tinggi namun ia bukan untuk memberi tekanan kepada mereka,” katanya pada majlis pelancaran Detik 100 hari ke Tokyo 2020 di Majlis Negara (MSN).

Turut hadir ke majlis pelancaran itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan,  Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Ketua Setiausaha KBS, Datuk M Noor Azman Taib, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Setakat ini, seramai 12 orang atlet telah berjaya melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang melibatkan Akuatik-Terjun, Pelayaran, Berbasikal, Memanah dan Gimastik Artistik.

Pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, kontinjen negara melakar pencapaian terbaik sepanjang penyertaan di Sukan Olimpik apabila meraih empat perak dan satu gangsa.

Pingat perak disumbangkan Datuk Lee Chong Wei (badminton), Goh V Shem-Tan Wee Kiong (badminton), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (badminton), Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong (terjun) manakala gangsa menerusi Azizulhasni Awang (basikal trek).

Sukan Olimpik Tokyo yang ditangguhkan tahun lalu akibat pandemik COVID-19 akan bermula 23 Julai hingga 8 Ogos depan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: