Antarabangsa Permotoran

 Doktor main peranan kembalinya The Baby Alien


Marquez akan memanaskan kembali enjin RC213V minggu ini.

SEGALA keputusan yang diambil Marc Marquez untuk kembali berlumba  bergantung kepada pasukan doktornya.

The Baby Alien bakal mengibarkan cabaran pasukan Repsol Honda pada perlumbaan MotoGP 2021 minggu ini selepas pulih daripada kecederaan.

Berita kembalinya Marquez di litar disambut baik pelbagai pihak. Malah, para peminatnya juga tidak sabar melihat lagi jagoannya itu menunggang motor RC213V.

Bagaimanapun,  Marquez belum mendapat kebenaran dari doktornya untuk beraksi  di Qatar baru-baru ini. Dia hanya diizinkan mengikuti perlumbaan menjelang pusingan ketiga yang berlangsung di Litar Portimao, Portugal, hujung minggu ini.

“Satu perasaan yang luar biasa untuk kembali ke MotoGP dengan pasukan  saya dan motor saya. Kami bekerja sangat keras untuk mencapai ini, berjam-jam di gym dan menghabiskan waktu dengan fisioterapi saya (Carlos Garcia),” kata Marquez, dilapor dari Speedweek.

Marquez menjelaskan, dirinya memang ingin berada di Qatar, tapi doktor tidak menyarankan itu dan dia terpaksa akur.

“Saya mematuhi mereka. Saya fokus dengan apa yang doktor katakan dan memahami tubuh saya, sehingga saya boleh kembali ke MotoGP dan melakukan apa yang saya sukai,” ujarnya lagi.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: