Antarabangsa Bola Sepak

Pertarungan ketiga Poirier, McGregor batal ?


PERTARUNGAN ketiga UFC antara Dustin Poirier dengan Conor McGregor kemungkinan dibatalkan.

Puncanya, ada masalah berkaitan wang derma daripada pihak McGregor yang belum dibayarkan kepada Poirier.

Mengimbas kembali aksi UFC 257 di Fight Island, Abu Dhabi, 24 Januari lalu,  menang mengejut. ‘The Diamond’ mampu menumbangkan ‘The Notorious’ di pusingan kedua menerusi TKO, setelah diasak bertubi-tubi.

Keputusan semasa kini menjadi 1-1. Poirier membalas dendam untuk tahun 2014 apabila pernah dikalahkan McGregor.

Kedua-dua mereka bersepakat melangsungkan pertarungan yang ketiga yang dijadualkan pada 10 Julai akan datang.

Mengikut cerita asal, McGregor sudah berjanji akan mengirimkan 500 ribu USD sebagai derma bagi yayasan yang dimiliki Poirier bernama The Good Fight Foundation.

Yayasan tersebut membantu masyarakat Afrika untuk menyediakan air bersih dan kegiatan pembelajaran untuk kanak-kanak khususnya, bagi suku-suku di pedalaman. Namun, McGregor belum mengirimkan lagi wang tersebut.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: