Antarabangsa Bola Sepak

Taktikal memang bosan, asal Chelsea layak


PENGURUS Chelsea, Thomas Tuchel mengakui kejayaan pasukannya di suku akhir kedua Liga Juara-Juara semasa menentang Porto mungkin tidak menarik minat sebahagian besar penonton.

Namun baginya, pemain mengikuti segala arahan dan taktikal yang dirancang cukup memuaskan hati.

The Blues tewas hasil jaringan lewat Mehdi Taremi, tetapi kelab asal London itu mara ke separuh akhir menerusi agregat 2-1.

Pada perlawanan awal pagi tadi, Chelsea melakukan pendekatan corak bertahan sehingga membuatkan Porto hanya memiliki dua shot on target. Taktik ini terbukti berkesan !

“Sangat menggembirakan menyaksikan pemain bertarung dan berada di tepi padang bersama mereka untuk melihat mereka layak.

“Kami menerima hakikat bahawa ia adalah pertarungan yang sukar. Mungkin di televisyen tidak terlalu bagus untuk ditonton, tapi dari tepi padang, itu adalah permainan yang sangat intensiti, permainan yang sangat cepat.

“Porto menyerang dengan cara yang agresif. Mereka mengubah posisi sepanjang waktu. Mereka datang dari belakang, mereka saling overlap dan anda harus beradaptasi dengan banyak gerakan.

“Dengan setiap minit, kami melakukan dengan lebih baik, lebih baik setelah permulaan yang sukar,” ujar Tuchel kepada BT Sport.

Pada perlawanan pertama, Chelsea menang 2-0 di Porto dengan dua gol disumbat Mason Mount dan Ben Chilwell.

 


Add Comment

Click here to post a comment