Antarabangsa Bola Sepak

‘Kami singkirkan pasukan terbaik musim lalu’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Di Maria bijak melepasi halangan pemain Bayern pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Perancis, awal pagi tadi.

BINTANG Paris Saint-Germain (PSG), Angel Di Maria menyebut mereka berhak ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas menyingkirkan juara bertahan, Bayern Munich.

Selepas meraih kemenangan 3-2 di perlawanan pertama di Allianz Arena pekan lalu, PSG melayan kunjungan lawan, namun tewas 1-0 menerusi gol tunggal Eric Maxim Choupo-Moting m-40.

Pada babak kedua, tidak ada lagi gol terhasil dan keputusan seri agregat 3-3 (layak peraturan tempat lawan) memastikan PSG membalas dendam kekalahan di final musim lalu

“Kami tampil sangat baik. Pasukan ini kuat berusaha. Kami mengalahkan pasukan terbaik musim lalu dan kami mara separuh akhir.

“Saya fikir ini sangat laju untuk kita semua dan merupakan detik penting untuk kelab dan kami berharap boleh melangkah lebih jauh,” katanya dipetik RMC Sport.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: