Antarabangsa Bola Sepak

Masa terbaik Klopp pamer magis di Anfield


JURGEN Klopp akan menunjukkan apa yang harus Liverpool lakukan untuk mengalahkan Real Madrid dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

The Reds tewas 3-1 di tangan Los Blancos pada perlawanan pertama suku akhir di Santiago Bernabeu. Kini, hasrat kelab asal Merseyside itu untuk memburu Piala Eropah mendapat tentangan yang getir.

Dua gol dari Vinicius Junior dan satu gol Marco Asensio membawa Real Madrid memiliki kelebihan namun satu gol tempat lawan Liverpool yang disumbat Mohamed Salah juga bernilai sangat penting.

Liverpool harus menang dengan skor 2-0 jika mahu melangkah ke peringkat empat terakhir. Klopp yakin anak didiknya akan bangkit ketika kedua-dua pasukan di Anfield, awal pagi esok.

“Untuk mengalahkan Real Madrid, anda harus bertahan di level tertinggi kerana kualiti ketahanan mereka yang luar biasa dan ia sangat sukar,” ujar Klopp dalam sidang media menjelang pertandingan.

Liverpool tidak asing dengan melakukan keajaiban di pertandingan Eropah, sejak mereka tampil di fasa kalah mati Liga Juara pada era Gerard Houllier di awal 2000-an.

Rafael Benitez ketika membimbing Liverpool perlu mencari tiga gol peringkat penyingkiran kumpulan terakhir  pada musim 2004/05, dengan Steven Gerrard muncul sebagai hero ketika The Reds menang 3-1 aksi yang dramatis ke atas Olympiakos di Anfield

Liverpool kemudian mencapai final di Istanbul. Ketinggalan 3-0 kepada AC Milan pada babak pertama, mereka mampu menyamakan kedudukan di akhir waktu sebenar sebelum menang di babak sepakan penalti.

Pada musim 2018/19, Liverpool kalah 3-0 di pusingan pertama separuh akhir di tangan Barcelona di Camp Nou, namun mereka mengalahkan lawan aksi kedua di Anfield dengan jaringan 4-0 dan mara ke final.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: