Bola Sepak Terkini

MFL sedia tarik balik kebenaran kehadiran penonton ke stadium


 

Ab Ghani Hassan

Oleh : Subkhi Sudarji

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) tidak teragak-agak menarik balik kebenaran kehadiran penonton ke stadium seandainya prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan gagal dipatuhi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Ab Ghani Hassan berkata, MFL menerima laporan dari petugas yang memantau setiap perlawanan Liga Malaysia berhubung kegagalan pematuhan SOP ini dibeberapa stadium semasa saingan berlangsung.

“Jika ada pertikaikan mengenai SOP sudah pastinya ia akan kembali kepada MFL selaku badan induk pengelola bola sepak tempatan. Kita telah memberikan nasihat kepada mereka untuk segera memperbaiki SOP mengikut yang dibenarkan.

“Seandainya perkara ini berterusan atau lebih teruk MFL tidak akan membenarkan kehadiran penonton ke stadium,” jelasnya.

Untuk rekod, Kerajaan memberi kebenaran kehadiran penonton  ke stadium bermula 2 dan 3 April 2021.

Bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat, hanya 10 peratus dari kapasiti stadium atau 2,000 penonton dibenarkan, dan 25 peratus atau 8,000 orang dibenarkan bagi kawasan PKP Pemulihan.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading