Bola Sepak Terkini

Vaksin Covid-19; FAM yakin komitmen KBS


Stuart Ramalingam

 

Oleh : Subkhi Sudarji

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menaruh keyakinan penuh kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung penerimaan suntikan vaksin Covid-19 kepada skuad kebangsaan sebelum mereka berlepas untuk menyertai Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, awal Jun ini.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata, apa yang dilaksanakan Menteri Belia dan Sukan , Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican dari peringkat awal banyak membantu Harimau Malaya.

“Kami memahami kekangan dan keperluan semasa ketika ini, beri sedikit ruang kepada KBS, kami bukan nak paksa benda ini (vaksin) dengan cepat.

“Saya yakin dengan Menteri dan KBS akan buat yang terbaik untuk Harimau Malaya, seperti yang kita tahu beliau (Reezal) sendiri banyak sokong pembangunan senario bola sepak Malaysia.

“Penglibatan Menteri akan memberikan berita baik buat kita tidak lama lagi,” jelasnya ketika ditemui dipejabatnya sebentar tadi.

Semalam Reezal memaklumkan tiada sebarang jaminan dapat diberikan kepada skuad bola sepak kebangsaan berhubung penerimaan dua dos suntikan vaksin Covid-19 sebelum mereka berlepas untuk menyertai Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, awal Jun ini.

“Ini kerana, selaku selaku Menteri Belia dan Sukan saja. Tugas saya hanyalah mengemukakan perkara ini. Sekiranya saya beri jaminan, apa pula kata Khairy (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi),” ujarnya.

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment