Bola Sepak Semasa

Peminat dikelirukan maklumat negatif penubuhan Skuad Projek FAM-MSN

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Banyak pihak mengkritik Skuad Projek FAM-MSN yang dikatakan tidak mencapai objektif.

PRESTASI tidak menentu Skuad Projek FAM-MSN yang ditempatkan di Liga Premier 2021 mengundang kritikan keras banyak pemerhati sukan termasuk mempersoalkan sejauh manakah relevan pasukan itu ditubuhkan.

Apa tidaknya, dalam lapan perlawanan dilalui hanya satu mata dikutip skuad yang dibimbing Yusri Che lah.

Bagaimanapun, bekas Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Rosli Hussein miliki pendapat tersendiri berhubung isu ‘panas’ disuarakan netizen di laman maya.

“Pasukan ini bukanlah program pembangunan menyeluruh, sebaliknya sebagai persiapan untuk mengharungi cabaran ke Sukan Olimpik 2024 di Paris.

“Saya sedikit terkilan dengan cara maklumat tidak tepat disalurkan bertujuan mengelirukan peminat serta memohon semua pemegang taruh Skuad Projek FAM-MSN agar bertenang dan tidak melatah dengan keputusan serta prestasi pasukan itu dalam saingan Liga Premier 2021.

“Mereka ini kebanyakan bukan daripada kelompok elit atau graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD). Jadi, projek ini mempunyai satu sasaran yang khusus, dan sudah tentulah ia memerlukan pendekatan yang berbeza berbanding program pembangunan secara am atau menyeluruh,” ujar Rosli yang juga bekas pemain kebangsaan.

Aksi Skuad Projek FAM-MSN ketika menentang Selangor FC 2 baru-baru ini.

Menurutnya lagi, penyertaan Skuad Projek FAM-MSN tahun ini merupakan titik permulaan pendekatan berbeza.

“Ketika kita semua sedang dikelirukan dengan maklumat-maklumat negatif, para perancang di FAM dan MSN sudah pun melihat ke hadapan dengan misi yang penuh harapan.

“Ada pemain dalam skuad ini sebaya Luqman Hakim Shamsudin dan beberapa pemain lain seperti Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Harith Haikal Adam Afkar, Ahmad Zikri Khalili dan Fahmi Daniel Zaaim di Selangor FC serta Umar Hakeem Suhar Rezwan, Alif Abdul Mutalib, Firdaus Ramli dan Ali Imran Sukari di JDT dan juga kelompok yang lahir pada 2003.

“Kelompok ini pastinya akan memperkuatkan pasukan apabila tiba masanya,” katanya menjelaskan bahawa matlamat utama skuad tersebut bukanlah untuk meraih kejuaraan.

Sementara itu, dia melahirkan rasa terkilan terhadap hentaman keras yang dilemparkan oleh bekas pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim kepada inisiatif diwujudkan FAM-MSN ini.

Rosli juga menggariskan 8 aspek positif skuad ini menerusi penyertaan mereka dalam Liga Premier 2021 :

  1. Tahap keyakinan dan keberanian pemain-pemain akan meningkat.
  2. Pemain-pemain lebih akur tentang kekuatan dan kelemahan mereka
  3. Matlamat jangka panjang mengajar pemain-pemain menjadi fokus.
  4. Pengurusan dapat memahami tahap kemampuan semasa
  5. Perancangan persiapan akan menjadi lebih rapi
  6. Proses membuat keputusan akan menjadi lebih senang
  7. Minit permainan untuk pemain
  8. Laluan kerjaya untuk graduan AMD, SSM, SSN dan PLD

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: