Antarabangsa motorsport

Vettel patut berehat perlumbaan F1 2021

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

SEBASTIAN Vettel belum menunjukkan hasil yang positif bersama Aston Martin pada saingan Formula 1 2021. Ada pihak yang menyebut dirinya perlu berehat dahulu daripada terus berlumba.

Selepas tidak melanjutkan kerjasama dengan Ferrari musim lalu, Vettel bergabung dengan Aston Martin musim ini. Perpindahannya diharapkan boleh memperbaiki catatan penampilan Vettel di F1 2020, di mana dia hanya meraih satu podium.

Namun, setakat ini belum nampak sebarang prestasi dipamerkan Vettel di garisan penamat.

Pada GP Bahrain yang berlangsung akhir bulan lalu, Vettel bermula dari posisi terakhir dan hanya mampu menghabiskan di posisi ke-15. Ia jauh berbanding dilakukan rakan sepasukan, Lance Stroll yang berjaya meraih mata apabila menamatkan di kedudukan ke-10.

Penasihat Red Bull Racing, Helmut Marko beranggapan Vettel seharusnya berehat dulu di musim 2021 dan kembali pada tahun 2022.

Menurutnya, peraturan baru yang berlaku di tahun 2021 ini tak begitu menguntungkan pelumba Jerman itu.

“Saya berpendapat, bahawa seharusnya dia (Vettel) rehat dulu setahun, menyusun dirinya, dan merenungikan apa yang sebenarnya dia inginkan.

“Saya percaya ada banyak kemungkinan di Formula 1 tahun depan. Dan dia tak melakukan itu. Dia sekarang bergabung dengan Aston Martin, yang mana berdepan masalah yang sama dengan Mercedes (low rake),” kata Marko kepada Formel1.de.

 

 

Marko dan Vettel diketahui sudah saling mengenali sejak lama, ketika juara dunia empat kali itu masih berada dalam pasukan Red Bull Junior Team di awal kariernya


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: