Antarabangsa motorsport

Marc Marquez dijangka ‘simpan kuku’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Marquez  dijangka akan kembali ke litar tidak lama lagi.

BEKAS pelumba terkenal MotoGP, Jorge Lorenzo meramal Marc Marquez tidak akan tampil seagresif pada kemunculan pusingan akan datang. Bagaimanapun, Marquez diyakini tetap akan hebat di litar.

Namun begitu, Marquez belum lagi berlumba di pusingan MotoGP 2021 di Qatar dan Doha serta pusingan ketiga akan diadakan di Portimao, Portugal pada 16 hingga 18 April depan.

“Dia tidak berlumba di Losail sebagai langkah pencegahan dan itu juga tidak masuk akal. Saya rasa ketika dia comeback nanti, kita akan melihat Marc Marquez yang lain.

“Saya rasa kita tidak akan melihat seorang pelumba yang mahu mengambil begitu banyak risiko tanpa rasa takut mendapatkan cedera,” ungkap Lorenzo kepada Auto Bild.

Penunggang Repsol Honda itu telah pulih daripada kecederaan patah lengan kanan yang dialaminya pada musim lalu. Marquez kemudian menjalani latihan sendiri menggunakan motor RC213V di Montmelo dan Portimao.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: