Wilfried Zaha Crystal Palace 2020-21

KELAB Liga Perdana Inggeris, Arsenal kembali menyatakan minatnya terhadap bintang Crystal Palace Wilfried Zaha.
Menurut laporan 90Min.com, dua tahun lepas, The Ginners pernah mengemukakan tawaran berjumlah £40 juta untuk Zaha namun ditolak mentah-mentah Palace pada masa itu.

Kini, Palace bakal merelakan Zaha pergi meninggalkan pasukan musim panas akan datang, demi mendapatkan nilai yang lebih besar.