Bola Sepak Semasa Terkini

Akhirnya skuad Projek FAM-MSN rasai mata pertama

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : Subkhi Sudarji

SELEPAS tewas pada enam perlawanan sebelum ini, Skuad Projek Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)-Majlis Sukan Negara (MSN) akhirnya menemui mata berharga apabila meraih keputusan seri 2-2 menentang Kuching City FC dalam saingan Liga Premier di Stadium UiTM Shah Alam, malam tadi.

Bukan pasukan biasa tetapi dibimbing bekas pengendali Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim dan dibantu Sulaiman Hussin yang merupakan bekas jurulatih UKM FC musim lalu.

Ternyata satu mata yang diraih ini memberi kepuasan kepada barisan kejurulatihan  untuk kekal optimis mencatat keputusan positif pada perlawanan akan datang.

Pengendali skuad Projek FAM-MSN Yusri Che Lah berkata, walaupun keputusan berkenaan mungkin hanya boleh diraih sekali dalam musim ini namun perkara terbabit tidak membimbang barisan kejurulatihan dalam usaha membina pemain muda untuk mampu bersaing di pertandingan kompetitif.

“Komitmen pemain cukup baik walaupun dua kali ketinggalan dan boleh saya katakan pada perlawanan malam ini(kelmarin) cukup positif terutama pemain memberikan persembahan terbaik untuk memenangi perlawanan.

“Seperti sering saya katakan walaupun memperoleh satu mata tidak mungkin dapat menutup mulut pengkritik dengan pemain selama setahun tak pernah peringkat tertinggi dan kini dapat rasai bermain dalam waktu singkat sudah tentu banyak cabaran perlu lalui.

“Saya tak terungkap bercakap mengenai mata kerana bagi saya Kuching City FC sangat kuat bermain dengan pemain import dengan ketinggian yang meraka ada namun pemain berjuang hingga minit terakhir,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: