Pelbagai Semasa Terkini Uncategorized

KRM, UPSI rancang bangunkan potensi sukan ragbi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

MAJLIS Menandatangani Memoradum Persetujuan (MOA) antara Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dan pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berlangsung di Proton City, Perak Darul Ridzuan hari ini.

Majlis berlangsung dengan menandatangani MOA antara Presiden KRM, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dato’ Dr. Md Amin Md Taff.

MOA yang termeterai ini adalah bertujuan menjadikan UPSI sebagai pusat sehenti ‘One Stop Centre’ bertaraf dunia untuk sebarang aktiviti sukan ragbi di Malaysia dan melahirkan para penggiat ragbi yang berpengetahuan dan berketerampilan dalam semua bidang berkaitan sukan ragbi.

Pengerusi Lembaga Pengarah Akademi Ragbi Malaysia, Ahmad Effendy Abdul Razak berkata, menerusi MOA ini, diharapkan ia menjadi titik tolak untuk ruang bekerjasama yang lebih besar seperti dengan menjadikan UPSI sebagai salah satu lokasi Akademi Ragbi Malaysia dan Hub Pendidikan seperti seminar, bengkel, kursus berkaitan sukan ragbi.

Kesatuan Ragbi Malaysia juga mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak UPSI atas kerjasama dan komitmen demi memartabatkan sukan ragbi tanahair.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: