Badminton Semasa Terkini

Zii Jia terima bonus istimewa saham F&N bernilai RM30,300

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 Zii Jia menerima saham dari Pengerusi F&N Holdings Berhad, Tengku Syarif Bendahara Perlis Syed Badarudin Jamalullail Syed Putra Jamalullail (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif F&N Holdings Berhad, Lim Yew Hoe (kiri) pada satu majlis ringkas di F&N Point di sini, hari ini.

 

Oleh : Subkhi Sudarji

KEJAYAAN perseorang lelaki negara, Lee Zii Jia menjuarai All England 2021 terus dihargai dan kini giliran 100PLUS, minuman isotonik No.1 Malaysia, menyampaikan hadiah bonus istimewa berupa 1,000 saham F&N bernilai RM30,300

Pemain berusia 23 tahun itu mengikuti jejak Datuk Wira Lee Chong Wei, yang juga merupakan duta jenama 100PLUS, yang kali terakhir memenangi kejohanan Seluruh England pada 2017. Chong Wei merupakan juara Seluruh England sebanyak empat kali.

Pengurus Pemasaran Kanan 100PLUS, Leong Wai Yin berkata, kejayaan Zii Jia begitu menakjubkan kerana menewaskan dua pemain terbaik dunia iaitu Kento Momota dan Viktor Axelsen pada perlawanan separuh akhir dan akhir.

“Ini membuktikan kemampuan Zii Jia sebagai pemain yang mempunyai masa depan yang cerah.

“Pada majlis menandatangani kontrak pada Januari tahun lepas, Zii Jia berkata sokongan 100PLUS akan membantu mendorong beliau untuk mencapai kejayaan lebih baik. Beliau memenuhi janjinya dan sekarang merupakan juara Seluruh England,” jelasnya.

Wai Yin juga menaruh harapan bahawa prestasi dan keyakinan Zii Jia akan terus berada di tahap tinggi menjelang kejohanan badminton Terbuka Malaysia dan Sukan Olimpik di Tokyo.

“Kami mengucapkan selamat berjaya kepada Zii Jia pada kejohanan-kejohanan ini dan berharap beliau akan melakar sejarah untuk Malaysia di Tokyo nanti,” ujarnya.

Selain Chong Wei dan Zii Jia, pasangan beregu negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik juga merupakan Duta Jenama 100PLUS.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: