
Oleh : Hidayah Ab Ghani
Pengarah Teknikal UiTM FC, Reduan Abdullah difahamkan bakal memangku jawatan Ketua Jurulatih UiTM FC! menggantikan Frank Bernhardt.
Sementara itu juga, Pembantu Ketua Jurulatih diganti dengan bekas Penolong Jurulatih JDT, Ismail Ibrahim.
UiTM FC masih lagi tidak memperoleh sebarang kemenangan dalam saingan Liga Super. Setakat ini, pasukan ini hanya mengumpul satu mata hasil dari pertembungan pasukan Penang FA pada 16 Mac lalu.
Frank Bernhardt yang diberi kuasa sepenuhnya dalam pemilihan semua pemain tempatan dan import tanpa campur tangan pengurusan, dilihat buntu mencari kemenangan selepas tujuh perlawanan.
Pihak pengurusan dilaporkan telah merehatkan perkhidmatan pengendali dari Jerman itu bersama Penolong Ketua Jurulatih pasukan, Wan Mustafa Wan Ismail, menjelang aksi menentang Melaka United yang bakal berlangsung esok.





Add Comment