Bola Sepak Semasa

TFC bantu JDT untuk terus pimpin Liga

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Da Silva menjaringkan gol penyamaan hasil sepakan penalti dipenghujung babak pertama.

Oleh : Subkhi Sudarji

TERENGGANU FC membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menerajui liga apabila menumbangkan Kedah Darul Aman FC , 2-1 pada saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Tuan rumah yang hanya dibezakan satu mata dengan JDT turun sehari lebih awal berbeza dengan skuad bimbingan Benjamin Mora yang akan menentang Petaling Jaya City FC malam esok seharusnya mampu memimpin liga seandainya menewaskan TFC.

Namun kebangkitan TFC selepas ketinggalan satu jaringan nyata meranapkan impian anak didik Aidil Shahrin Sahak yang terpaksa menelan kekalahan dilaman sendiri buat kali pertama selepas lapan perlawanan berlangsung.

Lebih memeritkan, dua pemain Kedah iaitu, Fadzrul Danel dan Rodney Celvin dilayangkan kad merah dalam tempoh dua minit ekoran tindakan menolak pengadil dan kekasaran dilakukan ke atas pemain lawan.

Pada aksi sebentar tadi, tuan rumah terlebih dahulu berada dihadapan pada minit ke 39 hasil jaringan gol sendiri pertahanan tuan rumah, Muhammad Mohd Faudzi yang tertampan bola hantaran Rabih Ataya dalam usaha mengeluarkan dari kawasan berbahaya.

Namun ketika perlawanan bakal menuju ke bilik persalinan dengan kelebihan memihak tuan rumah, kekalutan didepan gawang gol yang menyaksikan bola terkena tangan pertahanan Kedah,  Ariff Farhan Md Isa menyebabkan pelawat dihadiahkan sepakan penalti.

Penyerang import TFC, David Da Silva yang diamanahkan mengambil sepakan tidak berdepan masalah apabila mudah memperdayakan penjaga gawang tuan rumah, Shahril Sa’ari yang silap membuat jangkaan untuk kedudukan seri 1-1 pada separuh masa pertama.

Babak kedua pelawat mempamerkan aksi berbeza apabila melancarkan serangan sebaik wisel perlawanan dibunyikan melalui beberapa gerakan pantas yang dihasilkan dari bahagian sayap oleh Faisal Halim.

Faisal seharusnya meletakkan pasukan dihadapan apabila memiliki dua peluang terhidang pada minit 57 dan 59 namun sepakannya sedikit tersasar.

Namun selang seminit kemudian, berpunca dari serangan balas, pertahanan TFC , Muhammad Azam Azmi meletakkan pasukan dihadapan apabila bijak menyempurnakan lorangan cantik dari Faisal untuk merembat deras menewaskan Shahril untuk gol kedua pelawat.

Beberapa pertukaran yang dilakukan Aidil Shahri untuk memberikan tenaga buat pasukan untuk mereka sekurang-kurangnya memburu gol penyamaan tidak kesampain apabila perlawanan berkesudahan dengan keputusan 1-2 memihak TFC.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: