Antarabangsa Permotoran

MotoGP: Jorge Martin raih petak pertama GP Doha

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  


PASUKAN Pramac Ducati menguasai sesi kelayakan MotoGP Doha 2021. Dua pelumba berada di posisi teratas dengan petak pertama menjadi milik Jorge Martin.

Pada sesi kelayakan yang dilangsungkan di Litar Losail, awal pagi tadi, juara dunia Joan Mir memulakan Kelayakan 1 dan mara Kelayakan 2 bersama Miguel Oliveira dari KTM Racing.

Memasuki sesi Kelayakan 2, para penunggang mempersiapkan sebaik mungkin untuk mencatatkan waktu terpantas. Jorge Martin terus memecut laju pada awal sesi Kelayakan 2 dengan merekodkan masa terpantas diikuti Fabio Quartararo dan Aleix Espargaro.

Pelumba Ducati, Jack Miller berpuas hati bermula dari posisi keempat disusuli Fabio Quartararo. Melengkapkan posisi 10 teratas adalah Francesco Bagnaia, Aleix Espargaro, Alex Rins, Joan Mir, dan Franco Morbidelli.

Sementara itu, Valentino Rossi tampil buruk sesi kelayakan dan harus bermula dari posisi ke-21. Persoalan timbul, bolehkah pelumba Petronas Yamaha itu mengutip mata ?


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: