Antarabangsa Permotoran

Jorge Martin tak yakin juara di Doha


JORGE MARTIN

JORGE Martin akan memulakan perlumbaan MotoGP Doha 2021 di petak hadapan. Walaupun begitu, penunggan Pramac Racing ini tidak yakin untuk muncul pemenang.

Pada sesi kelayakan di Litar Losail, Martin menjadi yang terpantas dengan catatan masa 1 minit 53.106 saat. Rakan sepasukannya, Johann Zarco, menyusul di belakangnya dengan perbezaan 0.1 57 saat.

Ini menjadi perlumbaan pertama buat Martin di MotoGP, selepas musim lalu masih berentap di Moto2.

“Saya tak tahu, sukar menjelaskan perasaan saya. Pertama, saya ada di belakang (Joan) Mir, dan saya berasa begitu percayakan diri. Saya boleh mengejarnya, jadi saya berkata, ‘OK, saya perlukan motor yang lebih cepat (untuk dikejar).

“Saya tak menyangka akan meraih petak utama. Saya hanya berharap bermula di posisi 4 atau 5 besar.

“Ketika saya menyelesaikan pusingan dan ternyata saya di urutan pertama. Itu sukar dipercayai. Luar biasa. Esok (tengah malam ini) adalah hari belajar yang baru, kerana jelas bukan hari saya untuk menang.

“Jika kami boleh bertarung untuk posisi enam besar, itu sudah bagus dan saya akan sangat gembira,” kata Martin dipetik Motorsport.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: