Antarabangsa Bola Sepak

Real Sociedad juara Copa Del Rey 2019/20

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sociedad memenangi Copa Del Rey musim 2019/20.

REAL Sociedad berjaya memenangi Copa Del Rey musim 2019/20 selepas mengalahkan pencabar mereka, Athletic Bilbao, dengan jaringan 1-0.

Pertemuan final Bilbao dan Sociedad ini berlangsung di Estadio de La Cartuja, Sevilla yang sepatutnya dijalankan April tahun lalu, namun tertunda kerana COVID-19.

Kedua-dua pasukan pada masa itu sepakat untuk mengubah jadual dan mengharapkan pandemik boleh dibendung serta dilangsung di hadapan para penyokong.

Namun begitu, pandemi COVID-19 di dunia belum berakhir sehingga ke saat ini, termasuk di Sepanyol.

Di minit ke-58, Sociedad mendapat penalti apabila Inigo Martinez melanggar Cristian Portu. Martinez mendapat kad merah, namun pengadil mengubahnya menjadi kad kuning selepas merujuk Video Assistant Referee (VAR).

Meskipun begitu, penalti tetap diberikan. Mikel Oyarzabal yang dipertanggungjawab mengambil sepakan menyempurnakan untuk menewaskan Unai Simon.

Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan. Kemenangan ini amat disambut peminat Sociedad. Bukan hanya kerana memenangi derby Basque, namun juga mengakhiri dahaga trofi yang sudah berlanjutan 34 tahun lamanya.

Sebelum itu, trofi terakhir yang masuk dalam almari kelab adalah Copa Del Rey pada tahun 1987.

Sementara bagi Bilbao, kekalahan ini memusnahkan impian mereka untuk meraih dua kejuaraan Copa Del Rey sekaligus. Mereka juga mara ke final Copa Del Rey 2020/21 menghadapi Barcelona, yang akan diadakan pada 17 April depan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: