DRAMA Ligue 1 terus bermula sebaik liga disambung. Pemain Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dibuang padang kerana mengutip dua kad kuning.
Malah, lebih buruk PSG kehilangan gelaran pendahulu apabila kalah 1-0 kepada Lille pada perlawanan yang dicemari layangan kad kuning dan merah, awal pagi tadi.
Neymar menjatuhkan Djalo dan bek muda Lille asal Portugal itu turut menerima hukuman serupa setelah melontarkan kata-kata kesat semasa insiden tersebut.
Perseteruan tidak berakhir begitu sahaja. Ketika berjalan bilik persalinan Neymar dan Djalo terus terlibat perang mulut dan tekanan semakin memuncak ! Neymar dan Djalo berlaga bahu sebelum dilerai oleh pemain-pemain lain.
PSG dan Lille sebelum permainan, berkongsi mata yang sama, namun skuad Mauricio Pochettino kini ketinggalan tiga mata dari Les Dogues apabila gol tunggal Jonathan David menjadi pemisah kedua-dua pasukan.
Les Parisiens akan bertandang ke Allianz Arena untuk menghadapi tuan rumah Bayern Munich pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara, Rabu ini.
Add Comment