
MANCHESTER City hanya memerlukan empat kemenangan lagi untuk mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Awal pagi tadi, The Citizens menewaskan tuan rumah Leicester City 2-0 di Stadium King Power.
Pada pertemuan itu, Pep Guardiola kepercayaan kepada Sergio Aguero, yang akan berpisah dengan City di akhir musim untuk bermain dalam kesebelasan utama.
Namun penyerang Argentina itu gagal mencatatkan nama di papan jaringan.
Bagaimanapun, dua gol menerusi Benjamin Mendy dan Gabriel Jesus sudah cukup melengkapkan kemenangan sekaligus menghampiri dengan trofi EPL.
City kini kukuh berdiri di puncak liga berkelebihan 17 mata mengatasi pencabar sekota, Manchester United.
Untuk mendakap trofi juara musim ini, pasukan Guardiola perlukan lagi 11 mata daripada baki tujuh perlawanan mereka.
Add Comment