
TIGA mata yang diraih Selangor FC ketika menumbangkan UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam, semalam hadir tepat pada masanya untuk membangkitkan aura sang juara di dalam skuad Red Giants.
Pada perlawanan semalam, Nor Hakim Hassan muncul sebagai wira yang tersirat buat Selangor FC ketika pemain itu menghasilkan dua ‘assist’ untuk membantu Oliver Buff dan Ifedayo Olusegun menghasilkan jaringan.

Bagaimanapun, Karsten Nitzel akui puas dengan prestasi yang dimainkan anak buahnya namun enggan menghamburkan pujian kepada mana-mana individu tertentu.
“Kadang-kadang kami perlukan tiga mata pada masa yang tepat. Hari ini (semalam) kami memang berhak dapatkan tiga mata.
“Hakim bermain dalam aksi persahabatan dan dia beraksi dengan baik. Sebab itu dia memulakan perlawanan ini dalam kesebelasan utama.

“Dia pamer aksi yang cukup baik tetapi saya tidak mahu bercakap tentang individu kerana kami adalah satu pasukan,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.
Keputusan itu jelas meletakkan UiTM FC dalam keadaan tertekan dan keputusan itu menghumban skuad kendalian Frank Bernhardt di dasar Liga Super.
“Kami berada dalam situasi sukar. Setiap kemenangan akan bantu kami tingkatkan lagi prestasi untuk hadapi masa akan datang,” kata Nitzel.
Add Comment