Bola Sepak Semasa Terkini

Kurniawan faham perasaan Johnson

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Johnson dilihat mempamerkan aksi cemerlang namun perubahan taktikal perlu dilakukan.

 

Oleh : Subkhi Sudarji

PENGENDALI Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto melihat tindakan pemain importnya, Sam Garyhazon Johnson yang enggan bersalaman dengannya sebaik sahaja dikeluarkan adalah lumrah bagi pemain yang ingin membuktikan kemampuan kepada pasukan.

Tidak mengambil serius tindakan berkenaan, Kurniawan turut mengalami pengalaman yang sama ketika bergelar pemain sebelum ini.

“Macam biasa masing-masing pemain punyai karektor berbeza, kita tengah bersemangat nak bermain dan dikeluarkan, pastinya sedikit kekecewaan.

“Namun tindakan penggantian perlu dilakukan untuk taktikal selain memberi masa yang cukup buatnya pada aksi seterusnya,” ujarnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Sam Johson baru tiga kali menjalani latihan bersama rakan sepasukan ekoran kuarantin dan masih belum cergas sepenuhnya diturunkan selaku pemain utama namun dikeluarkan pada separuh masa kedua.

Mengulas aksi anak didiknya, Kurniawan menyifatkan mereka seharusnya membawa pulang tiga mata melihatkan aksi yang dipamerkan anak buahnya.

“Empat pemain utama kami mengalami kecederaan pada sesi latihan sehari sebelum perlawanan, jadi perubahan taktikal perlu dilakukan. Alhamdulillah pemain berjaya mengalas tuga yang diamanahkan.

“Kita tidak sepatutnya seri dengan permainan hari ini, mengawal dan mencipta peluang namun gagal menjaringkan gol, apa pun satu mata kami tetap bersyukur,” tegasnya.

Keputusan 0-0  yang diraih Sabah FC ketika menentang Kuala Lumpur United FC malam tadi di Stadium KLFA , Cheras memastikan mereka memperbaiki kedudukan dengan kini berada di tangga lapan liga mengumpul lima mata hasil satu kemenangan dua seri dan tiga kekalahan.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: