Bola Sepak Semasa Terkini

Cantik undang padah!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Dua pemain UiTM FC cuba mengekang asakan pemain Selangor FC, Brendan Gan (tengah)

CUBAAN pemain UiTM FC untuk bermain secara lebih menghiburkan jelas mengundah padah apabila mengalami kekalahan kelima musim ini, terbaru tewas 2-0 kepada Selangor FC di Stadium UiTM, Shah Alam, semalam.

Situasi itu jelas menghadirkan rasa kurang senang kepada pengendalinya, Frank Bernhardt terutamanya selepas menyaksikan berlaku banyak kesilapan hingga dihukum pemain lawan.

“Sebelum ini saya ada beritahu pemain dimana kedudukkan kita. Kami tidak boleh bermain secara cantik tetapi perlu beraksi dengan lebih selamat.

“Mereka cuba bermain hantaran pendek tetapi ini bukan gaya kami,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.

Selangor FC memperoleh dua jaringan menerusi Oliver Buff seawal minit ke-13 dan Ifedayo Olusegun pada minit ke-40.

Keputusan itu jelas meletakkan UiTM FC dalam keadaan tertekan apabila menghuni tangga tercorot Liga Super dan keadaan semasa mungkin mengakibatkan kedudukan Bernhardt mula diperkatakan.

“Sekarang, tiada apa yang perlu kami buat kecuali cuba elakkan daripada melakukan kesilapan,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: