Antarabangsa Bola Sepak

Haaland tak sesuai untuk City


KELAB ternama England kini sedang berebut mendapatkan  tandatangan Erling Haaland. Namun, Haaland dikatakan kurang sesuai untuk Manchester City, dan lebih baik sertai Chelsea atau Manchester United.

Spekulasi masa depan Haaland semakin menarik perhatian apabila ejennya, Mino Raiola, baru-baru ini mengunjungi  Barcelona, Real Madrid, dan  bercakap mengenai empat kelab Liga Perdana Inggeris termasuk Manchester City.

Chelsea dan Manchester United juga masuk dalam senarai pasukan bersaing untuk Haaland. Tony Cascarino, bekas pemain Chelsea, meyakini Haaland lebih sesuai bermain di Chelsea ataupun United.

Chelsea atau Man United adalah opsyen yang lebih layak…dengan cara bermain mereka. Mungkin lebih bagus lagi di Man United. Mereka sangat memerlukan pemain seperti Haaland,”kata Cascarino kepada TalkSport

Bintang muda Norway itu mencetuskan buah mulut berikutan prestasi luar biasa dipamerkan pada musim panas ini. Bersama Borussia Dortmund dia sudah menghasilkan 33 gol dalam 32 pertandingan  sepanjang musim 2020-21.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: