
SELEPAS berdepan sedikit masalah pada pusingan pembukaan MotoGP 2021, Franco Morbidelli berharap perlumbaan hujung minggu ini berlangsung lebih baik
Morbidelli menjadi salah satu pilihan untuk memenangi pusingan MotoGP Qatar di Litar Losail minggu lepas.
“Kami sudah cuba menganalisa apa yang berlaku minggu lalu. Kami tidak menemui secara pasti apakah yang membuat kami lambat sekali di perlumbaan itu,” ujar Morbidelli seperti dilapor Autosport.
Penunggang berusia 26 tahun itu sekadar menamatkan di posisi ke-18 tanpa sebarang mata di Losail.







Add Comment