Permotoran Semasa Terkini

Tuneboss-Pink Racing Team tetap intai mata

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tuneboss-Pink Racing Team tetap mengintai untuk mengutip mata pada saingan Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2021 yang akan berlangsung di Litar Sepang Utara hujung minggu ini.

Ia bukan perkara mustahil untuk dicapai jika segala persiapanmereka untuk menghadapi saingan Pusingan 2 ini berjalanlancar seperti yang dirancangkan.

Pasukan yang baharu membuat penampilan pada kejuaraanberprestij itu, sedar dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, tetapi ia bukan halangan buat barisan pelumbanyauntuk melontarkan cabaran.

Semangat serta komitmen yang tinggi dalam kalanganpelumbanya dilihat sebagai aset penting buat Tuneboss-Pink Racing Team untuk melakar kejutan pada kejuaraanmotorsikal tertua negara itu.

Malah, mereka telah membuktikan semangat tersebut pada saingan Pusingan 1 di litar yang sama dua minggu lalu yang menyaksikan dua pelumbanya, Siti Norafizah Mohamad danMd Harith Farhan Baharin berjaya menempatkan diri dalamkelompok 10 terbaik bagi kelas CP125.

Norafizah atau lebih dikenali sebagai Fifi telah menamatkan perlumbaan akhir di kedudukan kelima manakala Farhan pula yang baharu menunggang jentera Yamaha sepanjangkariernya menghuni tempat kelapan.

Mereka berjaya mengutip mata dengan Fifi meraih 11 matamanakala Farhan pula mengutip 8 mata.

Ia dianggap sebagai satu permulaan yang baik dan lebihmenarik, Fifi pula mencipta nama menjadi pelumba wanitapertama untuk meraih kedudukan dalam kelompok 5 terbaikdalam sejarah Cub Prix bagi kelas CP125.

Bagi pemilik pasukan, Nur Atikah, beliau berharap agar pasukannya mampu mengekalkan momentum seperti yang mereka pamerkan pada aksi Pusingan 1 sebelum ini.

“Rasa tertekan memang ada untuk menghadapi aksi Pusingan2 ini kerana kami tidak menjangka untuk tampil agak luarbiasa pada Pusingan 1 dua minggu lalu.

Malah, tidak pernah terfikir bahawa pelumba kami mampuuntuk berada dalam kelompok hadapan pada sainganPusingan 1 itu dan situasi tersebut serba sedikit memberitekanan kepada saya,” jelas Nur Atikah.

Menurutnya, sebagai sebuah pasukan baharu dalam Cub Prix, masih banyak lagi benda yang mereka perlu pelajari, namuntetap berharap untuk melakukan yang terbaik dalam setiappusingan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: